LAHAD DATU : Seorang wanita berusia 20-an telah bertindak nekad meminum racun selepas dikatakan kesal dan kecewa setelah permintaannya untuk balik ke kampung halamannya di kinarut, gagal dipenuhi suaminya.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 17 November lalu di kediaman pasangan terbabit iaitu di blok 20 ladang felda sahabat 21.
Menurut suami mangsa yang berusia 21 tahun, isterinya itu dikatakan telah bertindak demikian selepas permintaannya untuk balik ke kampung halamannya tidak dapat dipenuhinya berikutan berhadapan dengan masalah kewangan.
Tidak lama selepas itu, isterinya telah mengadu sakit kepadanya sebelum dia (suami) menemui minuman disyaki racun di dalam rumah mereka.
Sebaik saja menyedari isteri minum racun, saya telah menghantarnya ke Hospital Lahad Datu (HLD) dan selepas dua hari kemudian dia (isteri) dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah, katanya.
Bagaimana pun, isterinya tiba-tiba mengadu sakit kepadanya sebelum disahkan meniggal dunia.
sementara itu, ketua Polis Daerah Lahad Datu, superitenden Shamsudin Mat yang di hubungi mengesahkan kejadian tersebut.
-aCai-
0 comments:
Post a Comment