Suspek berusia 35 tahun yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan itu masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritenden Abd Razak Elias berkata, pihaknya ,asih mengklasifikasikan kes kematian ibu lelaki itu mengikut seksyen 302 kanun keseksaan namun belum mengambil apa-apa keterangan daripada suspek.
Setakat ini, polis hanya mengambil keterangan ahli keluarga suspek.
Berdasarkan keterangan ahli keluarganya, supek dikatakan amat menyayangi ibunya dan tindakannya mengelar ibu sendiri itu berkemungkinan berpunca daripada tekanan mental yang dialaminya.
Saspek tidak pernah bergaduh dengan ahli keluarga yang lain termasuk ibunya.
Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi ketika ibunya (mangsa) yang lumpuh berusia 75 tahun berbaring di ruang tamu rumah seorang diri.
-aCai-
0 comments:
Post a Comment