Monday, 28 November 2011

Pelumba Haram Bermalam Di Lokap Ketika 1433H



IPOH- Ketika umat islam menyambut Maal Hijrah 1433 sabtu lalu, ratusan anak muda bermotosikal menjadikan jalan raya di kawasan kelebang di sini sebagai medan untuk berlumba haram dengan masing-masing mempamerkan pelbagai aksi ngeri.

Bagi mencegah gejala tidak sihat ini yang dikesan sejak beberapa bulan lalu, unit khas pasukan trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengadakan Ops Rempit di kawasan tersebut.

Hsilnya, Sebanyak 150 penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas ditahan  dan dikenalan tindakan undang-undang dalam operasi yang julung kali diadakan.

Ops Rempit itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut bermula jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan sejak tiga minggu lalu.

Seramai 12 lelaki bawah umur 18 tahun antara 120 penuggang yang ditahan. Kesemua mereka berusia antara 14 hingga 20 tahun. Sebahagian daripada mereka menggunakan motosikal Honda EX5 dan diubah suai untuk lumba haram. Pihak Polis turut merampas sejumlah objek tajam seperti paku yang ditabur di atas jalan raya sebagai persediaan ketika dikejar pihak berkuasa.

-aCai-

0 comments:

Post a Comment

Powered By Blogger