KUALA LUMPUR - '' Saya mengaku bergaduh, semuanya berpunca daripada provokasi yang dibuat terhadap saya" ujar penyayi rock Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman 43, ketika diminta mengulas mengenai penglibatannya dalam satu pergaduhan di Pulau Langkawi, Kedah.
Pergaduhan dikatakan berlaku di dalamdan di luar Kelab Sunba Retro Bar, Pantai Chenang, Lamgkawi.
Awie bagaimana pun menafikan dakwaan yang disebarkan di dalam blog dan ruangan gosip bahawa dia yang memulakan pergaduhan.
" Memang tidak masuk akal saya ke tempat orang untuk cari gaduh. Pada hari kejadian, ada bebrapa pengunjung kelab mahu bergamber selepas saya membuat persembahan. "
" Tapi saya minta untuk bergambar di luar kelab. Bagaimana pun, mereka mendesak saya untuk bergamber di dalam kelab sehingga tercetus perbalahan yang mengheret pergaduhan sehingga di luar kelab. " ujar Awie yang mendakwa dia dikerumuni 40 orang kampung di luar kelab tersebut.
Jelas awie lagi, walaupun tiada sesiapa yang tercedera, namun kereta yang disewanya telah dipecahkan.
~ aCai ~
0 comments:
Post a Comment